Monday, August 3, 2009

Aku, Cinta dan Si Kunang-kunang

Apa adanya dengan cinta? Ada keindahan? Ada kesengsaraan? Nampaknya hampir kebanyakan pelajar KMB dilanda kemaruk cinta. Yelah, ada yang beria-ia nak berkahwin, ada yang koyak, ada yang membenci cinta dan sangat tidak gemar jiakalau membincangkan hal tersebut, ada yang sedang dilanda keperitan cinta dan ada juga yang tidak pernah merasai cinta lagi.

Topik Cinta bukanlah satu perkara yang luar biasa bagi kita semua; kita boleh membacanya terpampang di blog rakan-rakan saya:

1) Topik Cinta di blog Rahimi 1
2) Topik Cinta di blog Rahimi 2
3) Topik Cinta di blog Pang (membincangkan perihal kekoyakan)

Nampak gayanya, kita sememangnya tidak boleh melarikan diri dari cinta. Cinta ibarat hubungan istimewa Si Kunang-kunang dan Si Senja. Di dalam kegelapan Si Senja barulah kecantikan Si Kunang-kunang menjelma.

Saya tujukan puisi ini untuk rakan-rakan saya iaitu Aqyris yang telah ditampar oleh cinta di muka dan selamat, Jifna yang telah sesat ketika mencari cinta (dengar ceritanya hubungannya bersama yang tersayang kurang enak di saat ini), Abang Himira yang masih mengkontemplasikan kemungkinan untuk menerima cinta kedalam hatinya, Lurima atau lebih dikenali sebagai Adik Simp yang....... (kita biarkan di situ sahajalah bagi kisah Adik Simp), Encik Wal Ioh Tauh (wira E08C) yang sedang giat digosipkan bersama seorang wanita, dan rakan-rakan yang lain. (nama-nama telah diubah untuk merahsiakan identiti sebenar)




Petikan Puisi dari filem LOVE

Aku adalah kunang-kunang
Dalam gelap aku terbang
Dalam gelap aku terang

Dan jadikanlah kau senja
Kerna gelap kau ada
Kerna gelap kau indah

Aku hanyalah kunang-kunang
Dan kau hanyalah senja
Dalam gelap kita berbagi
Dalam gelap kita abadi

7 comments:

  1. bagaimanakah aq boleh terlibat skali nie? aq hanye post cter org kowt.... huhu

    ReplyDelete
  2. author nampaknya lupa nak masukkan nama sendiri :) :P

    ReplyDelete
  3. Simpang - Perlukah aku membuka kisah sedih mengisahkan seorang wanita dan seketul Universiti??
    Didi - Apa yang Didi maksudkan?? Saya kurang mengerti.

    ReplyDelete
  4. mane ade kisah sedih... aq x pham kaitan2 tersebut

    ReplyDelete
  5. aahhh tipu amir xpham, xpe2 abaikan~

    ReplyDelete
  6. aku pun x pasal2 terlibat same... aku tlg postkn gak.... hak3

    ReplyDelete
  7. knape amir dah x mengupdate ni, hahaa

    ReplyDelete