Apa adanya dengan cinta? Ada keindahan? Ada kesengsaraan? Nampaknya hampir kebanyakan pelajar KMB dilanda kemaruk cinta. Yelah, ada yang beria-ia nak berkahwin, ada yang koyak, ada yang membenci cinta dan sangat tidak gemar jiakalau membincangkan hal tersebut, ada yang sedang dilanda keperitan cinta dan ada juga yang tidak pernah merasai cinta lagi.
Topik Cinta bukanlah satu perkara yang luar biasa bagi kita semua; kita boleh membacanya terpampang di blog rakan-rakan saya:
1) Topik Cinta di blog Rahimi 1
2) Topik Cinta di blog Rahimi 2
3) Topik Cinta di blog Pang (membincangkan perihal kekoyakan)
Nampak gayanya, kita sememangnya tidak boleh melarikan diri dari cinta. Cinta ibarat hubungan istimewa Si Kunang-kunang dan Si Senja. Di dalam kegelapan Si Senja barulah kecantikan Si Kunang-kunang menjelma.
Saya tujukan puisi ini untuk rakan-rakan saya iaitu Aqyris yang telah ditampar oleh cinta di muka dan selamat, Jifna yang telah sesat ketika mencari cinta (dengar ceritanya hubungannya bersama yang tersayang kurang enak di saat ini), Abang Himira yang masih mengkontemplasikan kemungkinan untuk menerima cinta kedalam hatinya, Lurima atau lebih dikenali sebagai Adik Simp yang....... (kita biarkan di situ sahajalah bagi kisah Adik Simp), Encik Wal Ioh Tauh (wira E08C) yang sedang giat digosipkan bersama seorang wanita, dan rakan-rakan yang lain. (nama-nama telah diubah untuk merahsiakan identiti sebenar)
Petikan Puisi dari filem LOVE
Aku adalah kunang-kunang
Dalam gelap aku terbang
Dalam gelap aku terang
Dan jadikanlah kau senja
Kerna gelap kau ada
Kerna gelap kau indah
Aku hanyalah kunang-kunang
Dan kau hanyalah senja
Dalam gelap kita berbagi
Dalam gelap kita abadi
Monday, August 3, 2009
Minta Maaf
Saya ingin meminta maaf jikalau saya telah menyakitkan hati anda di sekitar minggu lepas. Saya telah hilang kewarasan seketika dan hilang diri sebentar akibat kepeningan yang melampaui batas.
Antara perkara yang saya ingati ketika di dalam keadaan seperti seekor egwugwu ialah:
1) Emo terhadap Muadz (pasal kertas e-mail)
2) Emo terhadap Hanis (pasal IRP, serius aku x sengaja)
3) Emo terhadap Irma (pasal mengatakan kawannya kurang menawan, betul-betul tidak sengaja)
4) Emo terhadap yang lain-lain
Dengan itu, saya ingin meminta maaf atas segala kesalahan saya.
Antara perkara yang saya ingati ketika di dalam keadaan seperti seekor egwugwu ialah:
1) Emo terhadap Muadz (pasal kertas e-mail)
2) Emo terhadap Hanis (pasal IRP, serius aku x sengaja)
3) Emo terhadap Irma (pasal mengatakan kawannya kurang menawan, betul-betul tidak sengaja)
4) Emo terhadap yang lain-lain
Dengan itu, saya ingin meminta maaf atas segala kesalahan saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)